Archive for the 'Uncategorized' Category
Assalammualaikum wbt
Sorry for the hiatus. Life has been totally diff as I enter new chapter of my life. I am still trying to adapt with the whole current situation. As for now , I am really happy and enjoying each and every second of my life as so called professional house-husband and pujanggalah konon, part [...]
Filed under: Uncategorized | 3 Comments
alhamdulillah
Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, pujian selayaknya kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah menyatukan kami dengan secebis rasa kasih dan sayang dengan ikatan pernikahan. Setulus rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT juga kerana majlis akad nikah dan kendurinya telah berjalan lancar. Dengan penuh rasa kesyukuran serta kehambaan kepada Allah, kami juga ingin merakamkan [...]
Filed under: Uncategorized | 12 Comments
Bahasa Bumi
Assalammualaikum wbt
Saya sekarang sedang online secara wifi dari KL Sentral. Maaf dalam kesibukan ini saya tidak berpeluang untuk membalas komen yang diberikan. Terima kasih tak terhingga atas ucapan tahniah. In sya Allah sekiranya ada kesempatan saya akan menjawabnya nanti.
ALhamdulillah, buku antologi Bahasa Bumi telah pun berada di pasaran. 2 daripada karya saya ada dikongsi bersama [...]
Filed under: Uncategorized | 3 Comments
walimah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Saya terkenang peribahasa lama dalam pantun klasik ini dan mula cuba memahami ertinya selepas mengalaminya sendiri pada saat-saat ini. Allah Yang Maha Bijak, Yang Maha Mengetahui apa saja yang tidak diketahui oleh sesiapa, Yang Maha Halus setiap aturannya ini membawa [...]
Filed under: Uncategorized | 12 Comments
sanah hilwa 24
sanah hilwa 24
Siapa tahu tempoh
hayatnya aku, lima puluh,
dua puluh lima atau berapa?
Bertambah umur pada angka,
berkurang menanti Izrail menyapa,
sedang diri masih ragu,
hidup yang lalu,
hidup yang baru,
kemanakah segala hala tuju?
Apa makna usia,
jika hidup menanti sahaja,
mengharap kasih tanpa mengasihi,
mengemis cinta tanpa mencintai,
sedang taulan mengucap selamat
sanah hilwa dua puluh empat!
khairil idham ismail
moscow russia
0736 jun12, 08
Filed under: Uncategorized | 17 Comments
nama seorang raja
Nama seorang Raja
dari jendela istana,
kuperintah pada awan,
jangan disiksa rintihan,
jentayu, menangis menanti hujan,
di negeri kontang tiadalah sarang.
Pergi kau sang awan,
usap tangisan itu dengan hujan,
khuatir usah aku di negeri aman,
hatta jauh ke negeri kontang,
kepada aku rezeki tetap mendatang,
taklukanku bukan sebarangan,
aku raja yang berjuang.
suburlah ladang kemenangan,
khalifah tidak hidup bersenangan,
seorang menikmati kemewahan,
atas siksa sebuah keperitan,
mati jentayu kerana kebuluran,
bukan rindu [...]
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment
sorot kembali
sorot kembali
(sejak 12 purnama merindu yang lalu )
Mata selalu terpaku di jam digital di hadapan komputer riba tatkala nombor menunjukkan 1206. Apalah yang begitu menariknya nombor tersebut. Mengikut tahun Masihi beberapa peristiwa mengambil tempat pada tarikh tersebut. Antaranya termasuklah Hari Kebangsaan Rusia, Hari keputerian Queen dan juga ulangtahun Hari Kasih Sayang Amerika Syarikat sempena mengingati [...]
Filed under: Uncategorized | 1 Comment
Berita Minggu: Jun 08, 2008 : Cium Peluk Ayah (Alfatihah buat Isbiha)
Filed under: Uncategorized | 11 Comments
mingguan malaysia jun01,2008 : 0.2 hektar yang hilang
alhamdulillah, moga pengajarannya yang diambil bersama bukan semata 0.2 hektar ini sahaja tapi lebih lagi hektar-hektar yang lain seperti di al-Quds juga!
Filed under: Uncategorized | 13 Comments
buntu hukum sejarah aku
Buntu
Buntu menyelubungi,
samar kabus keliru pagi,
di padang pasir kembara sendiri,
angin meniup pepasir debu,
hingga aku ditinggal keliru,
apa yang terbuku,
mengapa begitu ?
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment
kau yang kumimpi
siapa kau yang kumimpi, ingin kuterokai misteri ini!
Filed under: Uncategorized | 5 Comments
bunyi hujan (bukan oleh saya)
Bunyi Hujan (p/s: untuk Khairil Idham di Rusia)
Datangnya bersama angin…
juga membawa dingin.
manisnya petang ini
apabila hujan datang
mengusir tengit panas
yang sudah berhari-hari
membakar kulitku.
Hati pun semakin rentung
dek kepanasan di dalam jiwa
dan suhu neraka di luar jendela.
Tiba-tiba
kedengaran atapku berdetik…
aduh!
sedap sekali bunyi hujan
macam desah manja si dara
yang merenget minta kemboja
diselit di cuping telinga. ..:
Hujan…
usahlah berhenti menyanyi.
jangan biarkan laman ini sunyi.
sakitnya [...]
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment
I MELAYU
Sepetang di Malii Teater (Don Quixote)
i
Kami duduk di Malii Teater
sambil menanti tirai pentas dibuka
terpukau mata yang terdedah luas
keseronokkan yang dirasakan puas
Pementasan Don Quixote pada tenang petang
Dari kisah kesatria hingga ke fantasi
Dengan kekasih Dulcinea menjadi imaginasi
Delusi percaya kesatria yang disegani.
ii
“Sirojh, Vika, lihat!” Aku berkata
“de cuyo nombre no quiero acordarme” dalam Sepanyol mereka berkata
“yang namanya aku [...]
Filed under: Uncategorized | 9 Comments
bangsa dan bahasa
tika detik itu
rombongan sekolah ke muzium negara
ayah membawa anak ke arkib negara
guru-guru mengajar subjek sejarah
datuk meriwayatkan cucu satu kisah
bangsa dan bahasa yang pernah ada
namun pupus dimamah tiada di dunia
di dunia dulu
pernah wujud satu bangsa
dan bahasa yang ditutur bersama
lingua franca seantero dunia
di nusantara tiada bandingannya
itulah bangsa dan bahasa Melayu namanya
namun sayang bukan kepalang
kegemilangan bangsa ditelan petualang
keindahan [...]
Filed under: Uncategorized | 4 Comments
siang di negeri orang
Siang di negeri orang
mentari menyising petang
pekat gelap lewat bertandang
garis ufuk bumi melintang
tirai malam berlabuh petang
siang yang panjang
malam yang terang
musim panas di negeri orang
pakaian badan hanya telanjang
ada cuma helain utas benang
hangat dunia bukan kepalang
cetek akalku gambarkan
melayang jauh dibawa fikiran
bagaimana pula detik penentuan
setiap yang bernyawa dihimpunkan
Di padang mahsyar terik memanaskan
resah khuatir nasib timbangan
ke kanan mesra dialu-alukan
atau ke [...]
Filed under: Uncategorized | 1 Comment
pergi dan tinggalkan aku
PERGI DAN TINGGALKAN AKU
(projek arjuna kesuma)
Pergi dan tinggalkan aku
kalau sungguh itu yang kau mahu
usah lagi berpaling ke belakang
memandangku menghampar harapan
hasrat tidak mungkin kesampaian.
Kau pasti tahu apa yang aku mahu
bukan sekadar mengharapkan kehadiran
sepasang tangan ramah terhulur
mencabut segala onak dan duri
yang mencucuk dan menyusuk
jauh dalam ke lubuk hati
mengundang nanah dan barah
sakitnya bertambah parah.
Aku tidak sanggup melapangkan [...]
Filed under: Uncategorized | 4 Comments
laungan
LAUNGAN
Laungan ini,
Adalah laungan rindu
Pada Tuhan Yang Satu
Pada Muhammad Pesuruh-Mu
Laungan ini,
Ratapannya mengajak semua
Mengorak langkah maju bersama
Dalam saf solat bersiap siaga
Laungan ini,
Dihimpunkan bersama,
Ayuh mentauhidkan Yang Esa,
mendambakan kekasih-Nya,
menyatukan seluruh jiwa & rasa,
umat manusia tanpa kira bangsa
dalam solat terkandung rahsia
mengejar kecemerlangan bersama!
khairil idham ismail
mac 2008
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment
taubat
taubat by opick
Ampun Ya Rabb,ampun….
” Walhal nanti kita DITEMPELAK DENGAN NIKMAT YANG DIBERI, BUKAN NIKMAT YANG PERGI,”
Inni tubtu ilaika.
Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu
Aku taubat Ya Rabb
Maafkan aku
Kurnia ma’firah-Mu
Atas sejuta nikmat
kenapa sering khianat
walau setitis darah merah
walau sedikit mata merah
setitis air mata nestapa
duka berlapis duka
duka harus pada selayaknya
khairil idham ismail
moscow russia
april 2008
—————————————-
Pantas mana kau melakukan dosa, segera itu [...]
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment
