alhamdulillah
Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, pujian selayaknya kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah menyatukan kami dengan secebis rasa kasih dan sayang dengan ikatan pernikahan. Setulus rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT juga kerana majlis akad nikah dan kendurinya telah berjalan lancar. Dengan penuh rasa kesyukuran serta kehambaan kepada Allah, kami juga ingin merakamkan sekalung terima kasih buat semua di atas segalanya. Biarpun seribu cara untuk melafazkan rasa terima kasih ini, namun tiada satupun yang mampu menandingi apa yang telah kalian lakukan.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Setakat ini, hanya dua keping gambar sahaja yang sempat kami pilih untuk dikongsi bersama. In sya Allah sekiranya ada waktu dan peluang, akan kami update dan kongsi lagi gambar-gambar yang lain pada masa akan datang. In sya Allah
Salam ingatan
Idham & Salwa
Filed under: Uncategorized | 12 Comments



salam.
tahniah sekali lagi buat kak Salwa dan abg KI. dh lama tunggu nak tgk gambar kalian berdua. sama cantik sama padan. semoga bahagia dan kekal sehingga ke akhirnya.
*comel sungguh gadis berkerudung yang penuh dengan manik itu. bertuah tuan punya badan dapat ek
*
dik am, kak ngah doakan kebahagian awak dan isteri serta keluarga yang akan bertambah-tambah pada masa hadapan.
take care… heheh, macamlah tak jumpa kat rumah.
khairil, congrats! yana doa semoga bahagia ke anak cucu. nnt upload byk² lagi gambar okay?
Assalamualaikum you two! Tahniah sekali lagi!
Tahniah
Slm,
tahniah KI and kak Salwa!! semoga berbahagia hingga ke anak cucu =)
nti ada masa upload la gmba walimah byk2 ok? hehe
Salam K.I and wife..Congratulations.
Moga kekal hingga akhir hayat..
Rs mcm nak kawen lepas degree gak nehXD
salam.
more picture?

tahniah..berdoa dr jauh..
*happy tears*
to my childhood friend,
congratulations again… what happen to YOU exactly? hihihi..kirim salam dekat salwa =)…in case you are in seremban, nak dtg raye rumah, bule?
-ur childhood friend
assalamualaikum..
moga cinta yang diperoleh meningkatkan cinta pada Yang Esa.
moga kekal sehingga ke syurga.
maaf tidak dapat hadir ketika majlis berlangsung.
salam.
congrats on ur wedding!
kalo tak bace blog neh, mesti tatau.
salam abg idham! congratsssss once again!!
dua keping jer ker gambo…buh la lagikkkkkk…hihi