Bahasa Bumi
Assalammualaikum wbt
Saya sekarang sedang online secara wifi dari KL Sentral. Maaf dalam kesibukan ini saya tidak berpeluang untuk membalas komen yang diberikan. Terima kasih tak terhingga atas ucapan tahniah. In sya Allah sekiranya ada kesempatan saya akan menjawabnya nanti.
ALhamdulillah, buku antologi Bahasa Bumi telah pun berada di pasaran. 2 daripada karya saya ada dikongsi bersama dengan 49 penulis lain. Dapatkan di pasaran sekarang. Berikut keterangan lanjut mengenai antologi Bahasa Bumi
BAHASA BUMI

Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15
BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Khairil Idham Ismail, Lailati Mahat dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Rusia, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH- (mungkin terlupa ada dari Rusia..hehehe) =)
Filed under: Uncategorized | 3 Comments

salam ziarah.
subhanallah..kagum dgn mereka yang memiliki kebolehan menterjemahkan apa yang berlaku di sekeliling ke dalam bahasa yang cukup indah untuk dihayati..tahniah!
salam abg KI, tahniah atas tiga perkara besar. partamanya, sbb dah menjadi graduan yang berjaya dalam bidang perubatan. seronoknya dah dapat bekerja. Keduanya, sbb dah nak kahwin tak lama lagi. semoga berbahagia dengan bakal isteri tersayang. dan ketiganya, kerana karya abg KI turut dimuatkan dalam bahasa bumi. unik sungguh sajak dadu nasib tu. walaupun pendek dengan tiga baris cuma, namun memberi maksud yang cukup mendalam. tahniah sekali lagi.
Assalamualaikum,
Selamat Pengantin baru. Apa khbr dan cerita di sana? bila nak upload gmbr hari bahagia?
Tahniah dan selamat menjadi seorg nakhoda yang soleh. Insyallah.