walimah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Saya terkenang peribahasa lama dalam pantun klasik ini dan mula cuba memahami ertinya selepas mengalaminya sendiri pada saat-saat ini. Allah Yang Maha Bijak, Yang Maha Mengetahui apa saja yang tidak diketahui oleh sesiapa, Yang Maha Halus setiap aturannya ini membawa saya kepada nikah dan walimah sepertimana yang sudah dimaklumkan pada entry yang lepas.
Mungkin pantun berkenaan tidak berapa tepat dengan apa yang saya lalui, namun secara simbolik mungkin begitulah jodoh yang Allah aturkan untuk kami. Tiada percaya yang lebih dan yakin yang tinggi melainkan pada aturan Yang Maha Esa jua yang mengaturkan saya dengan bakal zaujah (isteri) bernama Salwa Binti Mohd Saleh ini.
Orangnya sungguhpun dahulu merupakan sezaman dengan saya pada tahun 2000-2001 tatkala mengutip mutiara-mutiara di taman ladangan waqafan namun penjurusan bidang yang berbeza, saya di bidang sains dan bakal zaujah di bidang sastera ikhtisas membuatkan tidak pernah ada perbualan antara kami baik di talian telefon, ruang maya menerusi internet, conference dan sebagainya. Tatkala saya menulis ini pun, bakal zaujah belum lagi saya temui dan saat terakhir saya melihatnya mungkin pada kira-kira 7 – 8 tahun yang lalu hingga masing- masing membawa hala tuju masing-masing seorang di Tanah Tsar dan seorang di negera Kiwi dan kini bakal zaujah sedang berkhidmat dengan syarikat pergalian minyak di menara berkembar, Kuala Lumpur. Lanjut mengenai dirinya, saya juga masih sedang mencari dan mengenali.
Sejurus saat saya umumkan yang lalu, pelbagai pertanyaan yang dilemparkan, ada juga yang merakamkan kalung tahniah dan sebagainya. Setulus hati saya merakamkan jutaan terima kasih atas segalanya. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Tentunya terima kasih dalam penuh kesyukuran dan penghargaan ini terutama saya rakamkan kepada Allah Yang Maha Esa kerana memudahkan urusan yang sungguh nampak begitu pelik di mata kita, namun siapa yang dapat menduga apa pula di mata Yang Esa. Sesungguhnya doa berpanjangan dipanjatkan agar terus dilimpahkan kemudahan dalam urusan ini dan juga urusan seharian.
Doa kalian agar semuanya selamat dan segala urusan dipermudahkan sangat-sangat diharap. Doakan baitul muslim yang bakal dibina menjadi sebuah keluarga sakinah yang penuh mawadah, rahmah dan mahabah serta melahirkan generasi masa hadapan yang memberi manfaat kepada umat seluruh dunia.
Wallhu’alam
Salam terakhir dari Moscow,
Khairil Idham Ismail
————————————————————————-
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Dengan penuh kesyukuran diatas limpah kurnia Ilahi dan dengan hormatnya, kami ingin menjemput
Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Ke majlis perkahwinan antara
Salwa binti Mohd Saleh & Khairil Idham bin Ismail
Tarikh : 9 Ogos 2008
Tempat : 18, Kuala Sungai Manik, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu : 10.00 pagi – 6 petang
Semoga dengan kehadiran para jemputan akan menyerikan majlis ini.
Doa untuk pasangan Idham & Salwa:
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu didalam kebaikan”
———————————————————————————
Dear Datuk/Datin/Mr/Madam/Miss,
We request the pleasure of your company to share with us a special moment as we celebrate the marriage between
Salwa Binti Mohd Saleh & Khairil Idham bin Ismail
Date : 9 August 2008
Venue : 18, Kuala Sungai Manik, 36000 Teluk Intan, Perak
Time : 10.00 am– 6 pm
We appreciate your attendance to the wedding reception.
Filed under: Uncategorized | 12 Comments



salam
tahniah!
sori x dpt dtg ye..
Tahniah buat Idham dan bakal isterinya, Salwa … semoga semuanya berjalan lancar insyaAllah … bahagia sentiasa di bawah naunganNya. Aminn. Nanti ina nk tgk anak sedara comel2 okehs. Ina mebe xsempat nak bertandang ke majlis ni, maaf sgt2. Tapi utk mempelai baru ni, kalo korang ke Kelantan tu, jgn segan2 singgah ke rumah, Pasir Mas dekat je huhu. Happy for u
Sama2 berdoa …
Tahniah Idham dan Salwa
semoga berkekalan hendaknya
salam wrt.
Tahniah. senyap2 je. :p
congrats
semoga berbahagia…
weh.. congrates dah nak kahwin. alhamdulillah, selamat pun kau.. hahaha…
sajak ko best gile, gmbr2 ko best gile, dahla hensem, doctor pulak tu.. lagi satu, baik pulak lagi. u’ll make a great husband! congratulations!
houseman mintak mana?
Tahniah buat saudara Idham..Semoga semuanya lancar dan iAllah selamat semuanya..Tahniah sekali lagi..
salam. tahniah buat Encik KI. semoga dipanjangkan jodoh dan berkekalan hingga ke akhir hayat. doa kami hanya yang terbaik buat kalian berdua.
*kalau di teluk intan, susah nak sampai tu. sebab sy buat praktikal di seremban.
Barakallahu fik….
bilo nak buek bolah somban? den raso nk tunggu bolah kau la nanti.
salam.
=) another happily-ever-after (insyallah) story…what a joy. insyallah..kalau kau takde niat ajak2 ayam, aku insyallah datang le..wakakaka..
tahniah.kerana myempurnakan sebahagian daripada agama kau..smoga bahagia bkekalan..hehe
congratulations…
happy hols dr idham!
no pic of the lucky future bride for your loyal readers kah?
slm
Salam…
Tahniah jek dik am! Kak long ada jemput. Tp atas faktor kesihatan (placenta previa), akak tak dpt turut sama menghantar masa hari pernikahan nanti. Mungkin jika diberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada abah akak (Hj Ishak Hj Nor) dan ibu, maka mereka akan turut sama untuk memeriahkan majlis pernikahan itu nanti.
Doa akak semoga dik am sentiasa tabah mengharungi fasa kehidupan yang baru.
Insya’allah. Kekalkan silaturrahim kekeluargaan kita meskipun di alam siber!