sanah hilwa 24
12Jun08
sanah hilwa 24
Siapa tahu tempoh
hayatnya aku, lima puluh,
dua puluh lima atau berapa?
Bertambah umur pada angka,
berkurang menanti Izrail menyapa,
sedang diri masih ragu,
hidup yang lalu,
hidup yang baru,
kemanakah segala hala tuju?
Apa makna usia,
jika hidup menanti sahaja,
mengharap kasih tanpa mengasihi,
mengemis cinta tanpa mencintai,
sedang taulan mengucap selamat
sanah hilwa dua puluh empat!
khairil idham ismail
moscow russia
0736 jun12, 08
Filed under: Uncategorized | 17 Comments

selamat menginjak usia.
cadangnya mahu menghantar ucapan tapi telefon sedang dibaiki.
semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah.
may your birthday (and all the days that follow!) be forever blessed
salam,
singgah dari blog sarah…selamat ulangtahun kelahiran..dan selamat kembali ke M’sia juga…berbaktilah demi agama, bangsa & negara mu..:)
salam…
barakallahufiq, selamat hari jadi..
ada sesuatu di teratak buruk saya untuk anda
ambillah apa yang patut,
andai ada yang tak suka, beritahu ya
minta maaf ‘ambil’ sesuatu tanpa kebenaran dulu
happy birthday, wishing you a baraqah fil hayah…
a good Muslim will strive for better in their every single moment of life…
***sorry to stop by, a shadow of you such a resemblance of my someone***
Salam,
Baru saja tahu ketika melawati blog ini..anyway happy birthday to you Khairil,wishing you all the very best in your undertakings, dont think of it as each year you get older but think of it as each year you get better. Because you do.May you live all the days of your life.
May Allah bless you..
insyaALLAH.
c dnyom razhdenia moemu bratu =)
erm.. taktik ‘mengenyampingkan’ tu nampaknya berjaya.
didoakan yg baik2 aja buat selamanya insya Allah.
sannah hilwah ya jamil
sannah hilwah ya jamil
sannah hilwah sannah hilwah
sannah hilwah ya jamil…..
Sajak yang di tulis dengan baik sekali….Tak terbuat dek saya…..Anda sememangnya org yang hebat…..Boleh tak kalau nak guna dalam gambar sajak2 nie…Sedap2 semua…
Sanah hilwa..
apa makna ya..
mgkin pada ucapan kwn2 yang mendoakan kesejahteraan..
atau mgkin tggelam dalam gembiranya meniup lilin.. Wah dah besar rupanya..24 tahun..boleh bat decision sendiri..ermm..
atau mgkin pada pengharapan sekililing yang semakin meningkat..”dah 24 tahun die ni..patutnya dah matang.. mesti dah boleh jaga mak ayah”..tapi tu tggjawab sejak azali lagi…
or..mgkin stress dgn expectations and peers pressure..
erm..apapun.. buku umur tu dah makin nipis.. propotionateke dgn tebalnye buku amaln…
peringatan utk diriku yang sering lupa..
Salam .. Selamat Hari Lahir yang ke 24 .. =)
selamat hari lahir..moga dimurahkan rezeki diberkati usia dibukakan pintu rahmat dan diluaskan fikiran..
moga segala impian tercapai.
Salam
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir.
Moga dipermudahkan segala urusan, dikabulkan segala hajat dan dikurniakan yang baik-baik dalam kehidupan.
Amin.
Wa’alaikumussalam w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim
Bukanlah diharap kata yang tersusun rapi, apatah lagi ucapan terima kasihnya. Yang diharap cuma ‘pemberian’ yang tak seberapa itu ‘diambil’ dan bisa menghiburkan hati..(“,)..
sememangnya jalan yang mana akan saya pilih, adalah pilihan saya sendiri… Dalam memilih itu, saya bersyukur bertemu dengan “penunjuk jalan” yang istimewa… Oleh sebab itulah saya mahu menjaga “penunjuk jalan” itu agar ianya bisa jadi penujuk jalan bagi yang lain pula…(“,)..harapnya “penunjuk jalan” itu sentiasa kuat di situ…
seperti yang dikatakan tadi, tidak mengharap apa-apa hatta ucapan terima kasih sekalipun…semoga sentiasa diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan…
Jazakallahu khairan kathira
warmest salam,
wan nurul adila wan na’am
Salamun alaik
Selamat ulang tahun hari keluar dari perut ibu…
bile balik? =D
happy belated birthday k.i~!
semoga dirahmati Allah selalu ameen:)
salam..terjejak ke sini..
“met ultah ke 24″