
Berita Minggu: Jun 08, 2008 : Cium Peluk Ayah (Alfatihah buat Isbiha)
Dari tirai semalam
(siapa Dia?)
Menyingkap tirai semalam,
di sebalik jendela pengharapan,
menerusi kamar hati yang mencari Tuhan.
Kembara aku meniti silam,
anak kecil yang sering dirotan,
bersenda apabila mendirikan lima,
di belakang imam seorang ayahanda,
kecil aku belum tahu mengeja,
menyapa diri Tuhan itu siapa?
Tirai itu kuselak semula,
berdiri aku dari dunia nyata,
mengenali Tuhan dari seluruh pengciptaan,
kuasa meliputi utara dan selatan,
timur ke barat tiada tandingan,
Dia Raja, Allahurrahman!
Dari dua puluh,
hingga ke sembilan puluh sembilan,
rahsia sifat dan nama Tuhan,
semakin kukenal Dia,
semakin kuinsafi jiwa!
khairil idham ismail
moscow russia
1400 jun5,2008
Filed under: Uncategorized | 11 Comments

abang khairil menggegar persada penulisan tanah air kita =)
tahniah! haa dh. jgn bangkang2 dh. just admit it :p
kerdil abang mustahil menggegar
hadir abang hanya sebagai muzakkir
dari kata disusun sebagai pesanan
moga menjadi panduan dan pedoman
buat insan yang beriman.
=)
terima kasih apapun!
salam..
wahh..tahniah sekali lagi pada kamu..
tapi tiap kali saya baca penulisan kamu mengenai Isbiha tercinta..terkenang saya kepada arwah atuk yang iras-iras dengan isbiha..
memang rindu yang teramat tiap kali teringat..
apa kan daya..yang pergi hanya mampu saya usul kan dengan doa moga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
insyaAllah..
terus kan berkarya..karya kamu insyaAllah mampu menjadi inspirasi dan pedoman pada yang lain..
assalamualaikum w.b.t
bismillahirrahmanirrahim
hmm si ‘abang’ sudah, si ‘adik’ bila pula?
si ‘adik’ merujuk pada kak sarah….(“,)
kak sarah pun tak kurang hebatnya, kan?
hanya menunggu masa saja tu…(“,)
ALLAH…melalut pula di sini
minta maaf ye, tuan rumah….
apa pun tahniah sekali lagi
semoga sentiasa diberi ilham menyusun kata
agar dapat jadi pedoman pada yang membaca
aminn~
Tahniah….semakin tinggi bukit di daki nampak…
wsalam wbt lyiana
Memetik sajak Dharmawijaya bertajuk Pintaku Padamu tahun 1963
Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dlm usia pengembaraan
terima kasih amat sangat. semoga roh arwah atuk sentiasa dicucuri rahmat juga dan dalam peliharaan Allah hendaknya.
wsalam wbt sang rama-rama
terima kasih. sarah itu sengaja mungkin ….
mudah-mudahan macam tu lah.
wsalam wbt kak suzi
terima kasih banyak.semakin mendaki, semakin tinggi rasanya puncak.
terima kasih banyak apa-apapun.=)
‘adik’ akan menyusul tp lambat lagilah jawabnya.. kot..
kalau menyusul pun, tak sempat nak kejar dah. sampai kaki gunung je. puncak takkan jejak =)
Salaam, kawan
I cannot count how many times I’ve said this; albeit you certainly deserve it. Tahniah, Khairil. Tahniah
wsalam wbt kawan.
Many thanks. Its all about rezeki,peluang dan nasib…its not that I deserve it. (malu2 lari tersipu) =)