surat / warkah / pismo
02Jun08

warkah rindu
kehadapan Tuhan,
kukirimkan warkah rindu,
sampulnya taubat mendamba-Mu,
penyesalan dosa lalu.
dari setem negeri hati,
insan yang menyesali diri,
alamat kutuju ke serata dunia,
sampai ke hujung cakerawala,
kerana kau Satu ada di mana-mana!
khairilidhamismail
0248 Moscow Rusia
Jun 02, 2008 / Jamadilawal 27, 1429
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment

No Responses Yet to “surat / warkah / pismo”