mingguan malaysia jun01,2008 : 0.2 hektar yang hilang

alhamdulillah, moga pengajarannya yang diambil bersama bukan semata 0.2 hektar ini sahaja tapi lebih lagi hektar-hektar yang lain seperti di al-Quds juga!

Nota Kanda dari Tanah Tsar
(buat dinda Ilya dan Izza)

Ilya dan Izza,
Kanda tidak sempurna,
membela janji ayahanda,
menjagamu saban masa,
yatim kita tanpa Isbiha.

Ilya dan Izza,
Dari tanah Tsar kukirim nota,
Ikhlas kanda mengharap baca.

Ilya dan Izza,
Meniti dunia semasa,
kau gadis muda remaja,
dewasalah perkasa siaga,
langit luas memerangkap alpa,
jika kau tiada matlamat dan usaha,
menghembus dayus bayu menipu,
jadilah engkau dedaun layu,
yang terbang entah ke mana hala tuju.

Ilya dan Izza,
Ingatlah pesan Isbiha,
dunia ini kita teroka bersama,
tunjangnya ilmu dan agama,
biar jendela dunia kita buka,
namun rumahnya hias jati diri,
iman kuat mengakar umbi,
teguh benteng perisai peribadi,
tidak tersungkur kemudian hari.

khairil idham ismail
moscow russia
1301 jun02,2008 jamadilawal 27,1429



13 Responses to “mingguan malaysia, jun01 + nota kanda”  

  1. 1 zara

    fuiyooo…terkasima…heheheh

  2. 2 lyiana

    wahh..tahniah khairil..next time punya publish jgn lupa beritahu..p/s:saya dapat paper tu dengan percuma..baik pulak mamak bawah ni hari tu..heh..gd luck 4 exam ya..

  3. terima kasih amat sangat. in sya Allah. sekadar nasib sahaja. syukur pada Yang Esa.

    =)

    p/s: oh yeah? :) terima kasih lagi sekali

  4. Salam. Tahniah di atas penerbitan karyamu. Jarang-jarang karya terbit 2 minggu serentak.

    Anda sekarang di Malaysia?

  5. wsalam wbt

    terima kasih. saudara juga tidak kurang hebatnya malah lebih lagi barangkali. tahniah juga kerana puisi saudara tersiar, kita berkongsi pada ruangan yang sama dan pada minggu-minggu sebelumnya lagi saudara tersiar secara serentak di mingguan malaysia dan berita mingguan.

    masih lagi di sini di moscow tapi in sya Allah akan pulang ke Malaysia for good dalam Julai ini.

  6. assalamualaikum wbt

    wah..tahniah tahniah…(“,)…semoga bertambah-tambah ilham anda nanti untuk terus berkarya….

  7. waalaikumsalam wbt

    terima kasih !
    amin.
    mudah-mudahan begitulah….
    ;)

  8. 8 fazelaling

    salam buat org moscow…dr malaysia…

  9. 9 mama anis

    Makin terus mengukir nama nampaknya, congrats!
    Mencelah jap ke sini sambil2 submit assignment kursus Induksi..:-)
    Mesti adik-adik terharu dpt warkah abg yg jauh di Tsar..
    Kalau akak jadi Ilya & Izza, akak tampal sajak tu depan mata, buat pedoman & azimat hari2.
    re: Tenang wajah ayah akak mmg tenang, tp sesekali kalau air yg tenang tu berombak, hah! cabut lari semua!! LOL

  10. fazelaling

    wsalam wbt buat orang di Malaysia dari orang Malaysia juga yang atas takdir Tuhan di perantauan.

  11. mama anis

    terima kasih akak.
    saya harap macam tulah. pokoknya kata-kata yang dicoret, isinya yang difahami sepenuh hati menyampaikan rasa. bak kata guru besar saya masa sekolah rendah dulu masa berucap di perhimpunan pagi, apa ada pada nama…?

    =)
    sampaikan salam saya pada family akak.

  12. 12 nadiah

    salam..

    tahniah buat khairil idham ismail!

    teruskan berkarya!

  13. wsalam wbt

    terima kasih banyak.

    in sya Allah, harapanya begitulah.


Leave a Reply