Archive for June, 2008

sanah hilwa 24

12Jun08

sanah hilwa 24
Siapa tahu tempoh
hayatnya aku, lima puluh,
dua puluh lima atau berapa?
Bertambah umur pada angka,
berkurang menanti Izrail menyapa,
sedang diri masih ragu,
hidup yang lalu,
hidup yang baru,
kemanakah segala hala tuju?
Apa makna usia,
jika hidup menanti sahaja,
mengharap kasih tanpa mengasihi,
mengemis cinta tanpa mencintai,
sedang taulan mengucap selamat
sanah hilwa dua puluh empat!
khairil idham ismail
moscow russia
0736 jun12, 08


Nama seorang Raja
dari jendela istana,
kuperintah pada awan,
jangan disiksa rintihan,
jentayu, menangis menanti hujan,
di negeri kontang tiadalah sarang.
Pergi kau sang awan,
usap tangisan itu dengan hujan,
khuatir usah aku di negeri aman,
hatta jauh ke negeri kontang,
kepada aku rezeki tetap mendatang,
taklukanku bukan sebarangan,
aku raja yang berjuang.
suburlah ladang kemenangan,
khalifah tidak hidup bersenangan,
seorang menikmati kemewahan,
atas siksa sebuah keperitan,
mati jentayu kerana kebuluran,
bukan rindu [...]


sorot kembali

12Jun08

sorot kembali
(sejak 12 purnama merindu yang lalu )
Mata selalu terpaku di jam digital di hadapan komputer riba tatkala nombor menunjukkan 1206. Apalah yang begitu menariknya nombor tersebut. Mengikut tahun Masihi beberapa peristiwa mengambil tempat pada tarikh tersebut. Antaranya termasuklah Hari Kebangsaan Rusia, Hari keputerian Queen dan juga ulangtahun Hari Kasih Sayang Amerika Syarikat sempena mengingati [...]


Berita Minggu: Jun 08, 2008 : Cium Peluk Ayah (Alfatihah buat Isbiha)


mingguan malaysia jun01,2008 : 0.2 hektar yang hilang
alhamdulillah, moga pengajarannya yang diambil bersama bukan semata 0.2 hektar ini sahaja tapi lebih lagi hektar-hektar yang lain seperti di al-Quds juga!