Buntu

Buntu menyelubungi,
samar kabus keliru pagi,
di padang pasir kembara sendiri,
angin meniup pepasir debu,
hingga aku ditinggal keliru,
apa yang terbuku,
mengapa begitu ?

Hukum

Dosa seluas saujana
melihat di sebalik dunia,
tiada sempadan antaranya.

Dibiar bodoh dalam dosa,
tanpa didik,sayang dan kasih,
adalah hukuman yang terpedih!

Sejarah

Tertulis sejarah,
Syaitan itu tetamu resah,
bila Hawa melangkah tegah,
Adam juga manusia yang gundah,
Namun kepada-Nya kembali indah,
bila segera mengenal Ilah,
lantas,basah bibir mengucap Alhamdulillah!

Aku

Sudah aku bilang,
badan ini hanya hamba
dari negeri Seberang,
yang ke dunia hanya menumpang.

Hingga saat aku kembali,
dulu hingga kini,
tidak ubah nasib diri,
kerana aku hamba Yang Abadi.

Siapalah aku,
dalam penghambaan kepada Tuhan,
menumpang kasih bergelar insan,
mencari hidup berteman,
kelak bersama menjunjung Arrahman,
apa daya sebuah rintihan,
seorang hamba yang nipis iman.

khairil idham ismail
moscow russia
may 29, 2008
jamadilawal 23, 1429
1045



No Responses Yet to “buntu hukum sejarah aku”  

  1. No Comments Yet

Leave a Reply