Rajuk Insan Kemaruk ( Duka Penglipur Lara )

aku nikah dengan dunia,
semalam hati riang gembira,
Tiba jatuh talak tiga,
hari ini berduka lara.

Andai ada, punca walang,
rela aku menanggung malang.

Andai tiada, jadi ceria,
biar aku pergi sahaja.

Jangan dipujuk aku merajuk,
Siapalah diri insan kemaruk,
yang hati sudah remuk,
bagai kertas dironyok teruk!

khairil idham ismail
moscow russia
1015 May 27, 2008
jamadilawal 21, 1429



4 Responses to “rajuk insan kemaruk / duka penglipur lara”  

  1. 1 Sarah

    salam abg khairil..

    sy sgt ‘rasa’ sajak ini.
    terkena dgn mood sy.
    mintak izin nak copy.
    terima kasih!

  2. sarah

    wsalam wbt sarah.

    Kenapa sangat ‘rasa’ dengan sajak ni ? Tengah merajuk mungkin ? Kalau ada merajuk di hati, jangan disimpan sampai bernanah hingga sampai jadi barah. Bincang bersama keluarga, saudara, rakan atau sesiapa sahaja yang tersayang supaya beban jadi hilang. Kita hidup di dunia bukan seorang. Hatta sekali bila semua orang di dunia sedang membelakangkan kita, jangan khuatir kerana Allah sayangnya pasti ada.

    Dipersilakan untuk copy. Abang tak pandai nak buat sajak best2. Main susun saja perkataan, dalam susunan harap semua jadi ibadah mengagungkan Arrahman.
    Senyum sokmo!

    sama-sama.

  3. 3 maddie

    i love the pictures.
    the sunlight’s glowing rays :)
    don’t tell me they were photoshopped lol.

    but why such a mellow sorrowful poem?

  4. thanks for loving them.lol
    =D

    everything in the photo was original but sunlight’s glowing rays.they call it lens flare. =D

    saja.cuba-cuba.
    cuba.saja-saja.

    dunno why.suddenly all those words crossed my mind till i put them into such sentences …

    oh ya.sobakhal khoir


Leave a Reply