mingguan malaysia, may25, 2008


Menemui ayahanda yang jauh di mata, namun di hati sentiasa bersama. Apa khabar ayahanda di sana? Anakanda di sini sihat seperti biasa dalam kesibukkan menghadapi peperiksaan terakhir di semester terakhir. Tidak lupa dalam ingatan kalungan doa dipanjatkan alfatihah iringan bersama buat ayahanda yang tercinta. Semoga ayahanda berada di makam mulia bersama seluruh kaum mu’minin dan mu’minat.
Ayahanda,
Pada kesempatan ini, izinkan anakanda berkongsi rasa hati gembira apabila sajak yang anakanda coretkan tempoh hari bertajuk ‘Di Bangku Tua’ menyelongkar rahsia diri, menyoal siapa kita di bumi Yang Esa telah tersiar di akhbar harian perdana negara, Mingguan Malaysia bertarikh May 25, 2008.
Tidak pernah sekali terlintas di benak fikiran anakanda, orang akan memandang, apatah lagi buah fikiran kita diterima kerana dhaif dan lemah anakanda rasakan. Namun segala nasihat dan kata azimat yang ayahanda titipkan akan senantiasa anakanda ingat buat pegangan berzaman.
Ayahanda,
Sungguh pada saat ini, anakanda begitu terasa ingin memeluk ayahanda dan menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya. Hangat cium peluk ayahanda masakan anakanda lupa hingga hati dirasa begitu tenang, jiwa diselami begitu aman. Anakanda dedikasikan keratan akhbar yang tersiar ini buat ayahanda. Setitis air mata yang menitis, seukir senyuman yang terlukis. Syukur anakanda pastinya terutama juga pada Yang Maha Kuasa atas segala nikmat yang diberikan, maka nikmat yang mana lagi anakanda dustakan. Tuhan kita Maha Penyayang. Tuhan Kita Maha Bijaksana kan, ayahanda.
Doakan agar anakanda di sini sentiasa diteguhkan iman, dipelihara dari segala kejahatan syaitan dan sentiasa berusaha menjadi anak warisan agama , bangsa dan negara yang berterusan bekerja tanpa penat lelah mencari redha Yang Esa semata, tanpa ada sekutu lain atas 99 mulia nama-Nya. Sampaikan salam penuh mesra anakanda juga buat seluruh penghuni syurga.
Semoga kita berjumpa lagi dalam kiriman warkah yang lain. Salam sayang peluk cium penuh mesra anakanda buat ayahanda tercinta semoga terus aman kekal bahagia.
Peluk cium sayang,
Anakandamu kelima.
Filed under: Uncategorized | 10 Comments

how endearingly touching…
salam idham..
semoga tabah selalu!
Alhamdulillah
Karya adik (Di Bangku Tua) ni berada sehalaman bersama pemuisi2 hebat seperti Hashim Yaacob dan Kemala. Tahniah!
setiap yang adatang ada perginya khairil..
sebagai anak..doa perkara terbaik dikala putus nya hubungan itu..
salam ziarah.untuk akar itu betul-betul kukuh,masa yang menentukan.kami cambahkan,harapnya teman2 yang jauh turut bajai usaha ini.
syazlin sazali
maddie
hmm…
nadiah,
wsalam wbt. In sya Allah. Terima kasih.
Haida (Tuan/Puan/Abang/Akak)
Segala pujian bagi-Nya Tuhan sekalian alam. Rasa kerdil untuk berkongsi halaman dengan pemuisi hebat seperti Prof Dato’ Dr Hashim Yaacob dan Kemala. Terima kasih banyak diucapkan.
lyiana
In sya Allah. Betul katanya. Yang hidup pasti mati. Doa sentiasa dipanjatkan buat semua lebih-lebih lagi buat insan yang tercinta. Terima kasih.
syazlin sazali,
wsalam wbt.
In sya Allah. Usahlah khuatir dan risau bimbang. Allah ada menegaskan barangsiapa yang membantu agama-Nya pasti Allah akan membantunya dan meneguhkan kedudukannya (Muhammad:7)
Syabas dan tahniah saya ucapkan. Semoga usaha yang digembleng mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat seterusnya kita berjaya memainkan peranan yang telah Allah galaskan di muka bumi ini sebagai khalifah-Nya.
khairil idham ismail