Bunyi Hujan (p/s: untuk Khairil Idham di Rusia)

Datangnya bersama angin…
juga membawa dingin.
manisnya petang ini
apabila hujan datang
mengusir tengit panas
yang sudah berhari-hari
membakar kulitku.

Hati pun semakin rentung
dek kepanasan di dalam jiwa
dan suhu neraka di luar jendela.

Tiba-tiba
kedengaran atapku berdetik…
aduh!
sedap sekali bunyi hujan
macam desah manja si dara
yang merenget minta kemboja
diselit di cuping telinga. ..:

Hujan…
usahlah berhenti menyanyi.
jangan biarkan laman ini sunyi.
sakitnya bukan main
apabila rekah hati
semakin melebar
dek digigit terik mentari.

Jangan sampai panasaran
berpanjangan
dan menjelang hujan jatuh,
si dara pun sudah tak mampu bersuara
kerana semua kemboja
sudah pun layu
sebelum putik sempat menjelma.

Nukilan
JUN
Dendang sepi, Taman Rahsia, Subang Jaya

Caption:
Lokasi — Taman Rahsia milik Radzuan Radziwill

Foto dan tinta adalah hak milik penuh Kak Jun



No Responses Yet to “bunyi hujan (bukan oleh saya)”  

  1. No Comments Yet

Leave a Reply