taubat
16May08
Ampun Ya Rabb,ampun….
” Walhal nanti kita DITEMPELAK DENGAN NIKMAT YANG DIBERI, BUKAN NIKMAT YANG PERGI,”
Inni tubtu ilaika.
Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu
Aku taubat Ya Rabb
Maafkan aku
Kurnia ma’firah-Mu
Atas sejuta nikmat
kenapa sering khianat
walau setitis darah merah
walau sedikit mata merah
setitis air mata nestapa
duka berlapis duka
duka harus pada selayaknya
khairil idham ismail
moscow russia
april 2008
—————————————-
—————————————-
Pantas mana kau melakukan dosa, segera itu keampunan diminta juga. Beristighfarlah selalu dalam memperbaharui iman. Kuatlah Sang Idham menghadapi dugaan dan cabaran kerana ujian itu menguji kamu bukti kasih Allah ada di situ kalau kamu benar-benar mengambil pengajaran.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment

No Responses Yet to “taubat”