PERGI DAN TINGGALKAN AKU
(projek arjuna kesuma)
Pergi dan tinggalkan aku
kalau sungguh itu yang kau mahu
usah lagi berpaling ke belakang
memandangku menghampar harapan
hasrat tidak mungkin kesampaian.

Kau pasti tahu apa yang aku mahu
bukan sekadar mengharapkan kehadiran
sepasang tangan ramah terhulur
mencabut segala onak dan duri
yang mencucuk dan menyusuk
jauh dalam ke lubuk hati
mengundang nanah dan barah
sakitnya bertambah parah.

Aku tidak sanggup melapangkan dada
membariskan lafaz-lafaz pujuk rayu
menangis meratapi pemergianmu
merayu agar kembali kepadaku
kalau sungguh itu mahumu
pergilah dan tinggalkan aku.

asal: khairil idham ismail
sunting: isbiha



4 Responses to “pergi dan tinggalkan aku”  

  1. 1 maddie

    this one is actually a bit sad…
    hmm.
    hope all is well, and remember that you always have a friend in me :)

  2. 2 nadiah

    salam,

    tiada apa yang kekal
    semuanya akan pulang
    akan hilang
    seperti burung kembali ke sarang!

    semoga sihat & ceria selalu

    itu doaku..!

    amin.

  3. 3 khairilidham

    maddie,

    thanks! don’t worry. there are merely words ….. nothing more, nothing serious.

  4. 4 khairilidham

    nadiah,

    wsalam wbt

    ok terima kasih atas ingatan. ya, yang hidup akan mati, yang mati akan hidup semula itulah kitarnya hidup …. jangan risau , ini hanyalah kata-kata yang tersusun dan terjadi sebegitu. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati.

    amin. Terima kasih atas doanya.


Leave a Reply