Archive for May, 2008

meja untuk dua

30May08

meja untuk dua


Buntu
Buntu menyelubungi,
samar kabus keliru pagi,
di padang pasir kembara sendiri,
angin meniup pepasir debu,
hingga aku ditinggal keliru,
apa yang terbuku,
mengapa begitu ?



siapa kau yang kumimpi, ingin kuterokai misteri ini!





Bunyi Hujan (p/s: untuk Khairil Idham di Rusia)
Datangnya bersama angin…
juga membawa dingin.
manisnya petang ini
apabila hujan datang
mengusir tengit panas
yang sudah berhari-hari
membakar kulitku.
Hati pun semakin rentung
dek kepanasan di dalam jiwa
dan suhu neraka di luar jendela.
Tiba-tiba
kedengaran atapku berdetik…
aduh!
sedap sekali bunyi hujan
macam desah manja si dara
yang merenget minta kemboja
diselit di cuping telinga. ..:
Hujan…
usahlah berhenti menyanyi.
jangan biarkan laman ini sunyi.
sakitnya [...]



I MELAYU
Sepetang di Malii Teater (Don Quixote)
i
Kami duduk di Malii Teater
sambil menanti tirai pentas dibuka
terpukau mata yang terdedah luas
keseronokkan yang dirasakan puas
Pementasan Don Quixote pada tenang petang
Dari kisah kesatria hingga ke fantasi
Dengan kekasih Dulcinea menjadi imaginasi
Delusi percaya kesatria yang disegani.

ii

“Sirojh, Vika, lihat!” Aku berkata
“de cuyo nombre no quiero acordarme” dalam Sepanyol mereka berkata
“yang namanya aku [...]


tika detik itu
rombongan sekolah ke muzium negara
ayah membawa anak ke arkib negara
guru-guru mengajar subjek sejarah
datuk meriwayatkan cucu satu kisah
bangsa dan bahasa yang pernah ada
namun pupus dimamah tiada di dunia
di dunia dulu
pernah wujud satu bangsa
dan bahasa yang ditutur bersama
lingua franca seantero dunia
di nusantara tiada bandingannya
itulah bangsa dan bahasa Melayu namanya
namun sayang bukan kepalang
kegemilangan bangsa ditelan petualang
keindahan [...]


Siang di negeri orang
mentari menyising petang
pekat gelap lewat bertandang
garis ufuk bumi melintang
tirai malam berlabuh petang
siang yang panjang
malam yang terang
musim panas di negeri orang
pakaian badan hanya telanjang
ada cuma helain utas benang
hangat dunia bukan kepalang
cetek akalku gambarkan
melayang jauh dibawa fikiran
bagaimana pula detik penentuan
setiap yang bernyawa dihimpunkan
Di padang mahsyar terik memanaskan
resah khuatir nasib timbangan
ke kanan mesra dialu-alukan
atau ke [...]


PERGI DAN TINGGALKAN AKU
(projek arjuna kesuma)
Pergi dan tinggalkan aku
kalau sungguh itu yang kau mahu
usah lagi berpaling ke belakang
memandangku menghampar harapan
hasrat tidak mungkin kesampaian.
Kau pasti tahu apa yang aku mahu
bukan sekadar mengharapkan kehadiran
sepasang tangan ramah terhulur
mencabut segala onak dan duri
yang mencucuk dan menyusuk
jauh dalam ke lubuk hati
mengundang nanah dan barah
sakitnya bertambah parah.
Aku tidak sanggup melapangkan [...]


laungan

16May08

LAUNGAN
Laungan ini,
Adalah laungan rindu
Pada Tuhan Yang Satu
Pada Muhammad Pesuruh-Mu
Laungan ini,
Ratapannya mengajak semua
Mengorak langkah maju bersama
Dalam saf solat bersiap siaga
Laungan ini,
Dihimpunkan bersama,
Ayuh mentauhidkan Yang Esa,
mendambakan kekasih-Nya,
menyatukan seluruh jiwa & rasa,
umat manusia tanpa kira bangsa
dalam solat terkandung rahsia
mengejar kecemerlangan bersama!
khairil idham ismail
mac 2008


taubat

16May08

taubat by opick

Ampun Ya Rabb,ampun….
” Walhal nanti kita DITEMPELAK DENGAN NIKMAT YANG DIBERI, BUKAN NIKMAT YANG PERGI,”
Inni tubtu ilaika.
Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu
Aku taubat Ya Rabb
Maafkan aku
Kurnia ma’firah-Mu
Atas sejuta nikmat
kenapa sering khianat
walau setitis darah merah
walau sedikit mata merah
setitis air mata nestapa
duka berlapis duka
duka harus pada selayaknya

khairil idham ismail
moscow russia
april 2008
—————————————-
Pantas mana kau melakukan dosa, segera itu [...]


kata mata
Mataku berbisik sayu
tunduk sujud menyelami qolbu
menangis jentayu menanti hujan
laksana pungguk rindukan bulan
begitu aku rindukan Arrahman!
—————————
cemburu
cemburu aku jadi sipu
sipu aku bertambah malu
malu aku ingin jadi kiasu
kiasu aku kejar nombor satu
hingga begitu jadi terburu
hingga semua jadi haru
mengejar kekasih Yang SATU
hanya kerana terlalu cemburu
hanyut aku dalam laut biru
titip cemburu jadi rindu
laksana hujan yang dinanti jentayu
terus berkepak merayu-rayu
sampai [...]


I melayu
Dan haruman kuntum lilac
musim semi menyinggah rumah
setulus jiwa kulahirkan sebak
kerana wangian tiba penyudah.
II inggeris

With the fragrance twig of lilac,
The spring comes into each house,
From the entire soul, I express the sorrow
As the fragrance end, and has no tomorrow.
III russia
С душистой веточкой сирени
Весна приходит в каждый дом,
От всей души Я выражаю скорбу
как [...]


Semut Hitam
Ya Allah
seperti doa-doaku yang lalu,
begitu juga doaku yang kini,
aku pohon pada-Mu
agar sentiasa ikhlas hati ini,
ikhlas umpama semut hitam
yang kecil penuh legam
yang tahu tuntutan alam
terus bekerja di lewat malam
berjalan atas batu hitam
tak nampak akan semut
namun kerja tidak terbantut
khairilidhamismail
moscow russia
0127 isnin may12,2008
jamadilakhir 6, 1429


kebimbangan

12May08

foto hak milik awam ihsan wikipedia
dan musim luruh bertandang
dedaun gundah jatuh berguguran
hijau pepohon menjadi kuningan
di teduhan pokok aku sendirian
menemani resah di negeri orang
nasib diri di negeri sendiri
sirna mentari di musim luruh
berganti hembusan angin sepoi
jati diri bangsaku mula jatuh
leka berkhayal asyik didodoi
jatuh dedaun ke bumi
punya tempat untuk berpijak
sedang bangsaku asyik berpajak
kalah tak kesah, menang bersorak
hingga bahasa [...]


Bertanya Sang Tua,
” Wahai anak muda,
apa kau nak jadi bila dewasa? “
Berkata Sang Muda,
“oh Ayahanda Tua,
bolehkah aku menjadi pokok sahaja?
hidup tak kesah pada hasad
di dunia membawa fasad
dicemburui hati yang jahat
hidup tenang jiwa selamat!
mengusapku penuh mesra
seraya berkata Sang Tua,
” Oh anak muda,
jika pokok cita-citamu,
jadilah seperti Angsana
dari jenis balak yang baik
dibuat kabinet, almari dan perabot
hingga alat muzik [...]


Aku meraung dalam suara bisu
menangis duka tiada berlagu
bicara hati yang tiada terdengar
sekalipun dengar terusan tegar
——————–
sungguh aku terdesak
hingga aku jadi sesak
hilang mana entah rentak
simfoni kasih yang dilunak
yang mendodoi hati enak!
————————-

dalam perkelanaaan ini,
kembara aku di negara fana
merentasi sempadan ruang dan masa
negara dunia milik Yang Maha Esa
kerajaan Pemerintah Rabul Izzah
nomad pengembara mencari berkah
taklifan digalas sebagai khalifah
kembara seorang kelana
hatiku [...]