Archive for March, 2008

photo by Senior Airman Joshua Strang

Jejak Aurora Borealis
Di utara pusat muka bumi
sejuk dingin diliputi salji
Auora Borealias menerjah sepi
menari-nari menerangi gelita
menghiasi pentas langit malam
seolah muncul lagu mempersona
seiring rentak si cahaya utara
Cahaya hijau dan merah
Bermulanya renggang ares-aresan
Hingga berkembang membentuk kumpulan
Mengundang tanya irama apa dilunak
diringi orkestra yang cekap
dipimpin Konduktor Yang Maha Bijak
Sinar mentari yang menyinari* (al-furqan:61)
Antara cas [...]


sakit

28Mar08

Idham:-
Kepala di rasakan cukup berat
Hatta untuk berdiri pun tak larat
Bukanlah kerana otak penuh maklumat
Namun kudrat Allah menarik nikmat
dari tubuh badan yang sihat
Keadaan menjadi makin tenat
Bila kuhitung hari penentuan semakin dekat
Berperang dengan waktu buat aku jadi penat
Habis luluh segala keringat
Azimat bonda ayahanda tetap ku ingat
Walau tergadai diriku menjadi mayat
Setiap kata akan kusemat
Berjuang hingga ke penghujung hayat
…..Namun [...]


melayu sejati

26Mar08

Melayu sejati berjiwa besar
tak pernah lupa asal dan akar
bercakap lurus berkata benar
tahu menimbang bijak menakar
jiwanya kental tak pernah gusar
petua diingat amanah didengar
pantang sekali berlaku kasar
adat budaya tidak tercemar
dijadikan induk tak pernah mungkar
pada yang buruk tidak digemar
kerjanya teliti menuju sasar
tempat berpijak tidak berkisar
rela berjuang biarpun sukar
akalnya panjang berhati sabar
dilindungi Ilahi, Allahu Akbar
janji Allah tetap bersinar


Sejuta kali aku taubat,
Sejuta lagi aku buat,
walau ku berenang keluar dari lumpur maksiat,
namun kaki ku tetap di pesak bumi melekat.
Kau pasti menjengukku
walau sesaat aku melupakan-MU
menghulurkan tangan membelai sayang
mengusap mesra lena di pangkuan
hingga tersedar di lubuk maksiat aku masih kelihatan
Dan Kau tetap melawati
mentatih agar ke pangkal jalan aku kembali
Jerlus mana aku selami
Kau tetap berada di sisi
Kau [...]


merajuk

26Mar08

aku ingin merajuk
namun siapa yang ingin memujuk
aku ingin merajuk
namun apa sangat yang aku kemaruk
aku ingin merajuk
namun semua hanya bertambah teruk
aku ingin merajuk
namun masa sudah suntuk
aku ingin merajuk
namun aku hanya dimaki kutuk
aku ingin merajuk
namun riuh hanya akan jadi hiruk-pikuk
kata orang tua,’aku ingin marajuk!’
kata orang muda ‘namun kau sudah terlalu tua untuk merajuk.sungguh buruk!’
sungguh,aku memang merajuk!
biarlah [...]


warkah isbiha

26Mar08

membuka kotak coklat itu
mengenangkanku kepada seribu nostalgia
dalamnya merupakan khazanah yang amat bernilai harganya
helaian-helaian kertas yang penuh dengan kata pujangga
seorang pendeta di hati anak yang sering terleka
aku membelek satu persatu
kertas itu menjadi saksi rindu
antara ayah dan anak yang jauh beribu batu
Ayah di nusantara dan aku di bumi Rusia
warkah menjadi medan segalanya
menzahirkan cinta dan kasih mengagungkan Yang [...]


Warkah buat Allah

Kekasihku Yang SATU
kukirimkan buat Mu
warkah yang paling indah
tulisan hatiku yang keluh resah
bergelumang dalam silap dan salah
Hanya kepada Mu aku berserah.
Ketahuilah Kekasihku sayang,
Sesungguhnya aku perit dan derita
tanpa cinta-Mu aku sengsara
tanpa kasih-Mu tiada terbayang
kerinduan yang agung buat Kau seorang
menyusuk hati tiada tertanggung
Dakapilah aku Ya Allah,
Kau Yang Kusanjung!!
——————————————–
hati penuh tertekan
jiwa penuh diselubung sejuta perasaan
umpama kabus pagi [...]


kek keju

25Mar08

1 cawan biskut (krim kreker pun boleh)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar gula
Lenyek biskut ngan mentega & gula. Masuk dlm acuan kek. Then bake for 10 minute kepanasan 350
400 gram cheese spread
4 biji telur ayam
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 bekas kecil smetana (sour creame)
1 biji lemon (di ambil perahan [...]


sepertiga pertama
sepertiga kedua
sepertiga ketiga
TRILOGI PERTAMA
Pada malam sepertiga pertama
sebelum aku jatuh terlena
antara dua kelopak mata
ditutup rapat, tenteram dan selesa
hadirkan witir pada Yang Esa
*’Dengan menyebut nama Engkau,wahai Allah,
aku mati dan aku hidup’
Dalam pembaringan malam
layang ingatan pada nasib badan
mampukah syurga menjadi idaman
dosa demi dosa berterusan
menitis air mata tiada makna
menyuci dosa yang tidak terhingga
TRILOGI KEDUA
pada malam sepertiga kedua
indahnya lena [...]


layar kehidupan
layari kehidupan dengan kebijaksanaan
bukan berlandaskan durjana syaitan
moga hidup tidak kesesatan
mengejar syurga itu harapan.
—————————————————————————-
bahtera hidup aku kemudi
tujuh lautan tidak aku sendiri
biar badai membawa gelora
biar ribut bertiup kencang
namun aku tidak goncang
apatah lagi jatuh aku tempang
kerana sedar aku punya seorang
insan yang amat aku sayang
Bahtera ini menjadi saksi
Rindu hati yang tiada bertepi
pada si Ayu yang sangat kukasihi
siang dan [...]


DI JENDELA INI
Di jendela ini
aku sendiri menanti menjelangnya malam
sunyi kurasa kehilangan semua orang
kerana aku jauh di perantauan
di mana hendak kusandarkan harapan
kecuali doa restu sepanjangan.
Di jendela ini
kuhiburkian hati yang pilu bimbang
satu demi satu teman-teman menghilang
semakin jauh meninggalkan bayang
pulang ke tanah air tersayang.
Di jendela ini
Shremetyevo memanggilku
memberi khabaran Charles de Gaules
memintaku lekas bergegas
mengusung segenap bagasi hikmah
kelak nanti Waterloo [...]


bahasa kamera

25Mar08

Mereka bertutur Bahasa Rusia. Saya bertutur Bahasa Melayu. Namun minat yang sama telah menemukan kami dan akhirnya kami bertutur pada bahasa yang sama iaitu bahasa kamera.
Bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa, hilanglah bangsa!
——————————————————
Perawan teruna memacak payung;
Gaya berlenggang ke simpang hulu.
Tuan laksana puncak gunung;
Saya dagang menumpang lalu.
Baju singkat selindang panjang;
Jubah labuh berkelim lebar.
Waktu dekat pandang memandang;
Sudah jauh [...]


bicara hati

25Mar08

Lebah bukan sebarang lebah,
Lebah hinggap di pohon jati,
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah mengungkap keikhlasan hati
——————————————–
Kutemukan dahi dan sejadah.
Dalam sujud aku penuh berserah
Pujian hanya pada Rabul Izzah
Kerdilnya hamba,insan yang lemah
Kupanjatkan doa pada Yang Esa
Sepenuh hati kumenyampaikan bicara
Dalam doa mengharap cinta
Yang hakiki dan abadi
Tulus ikhlas sepenuh hati
Yakin seluruh jati diri
Aku resah dalam kisah
Doa mungkin dijawab entah
Kerana aku abdi [...]


penat

25Mar08

aku penat
makin hari makin melarat
gejala durjana sang keparat
merosakkan bangsa tiada bertempat
memusnahkan negara merosakkan umat
aku penat
namun tidak aku rehat
biar hingga ke penghujung hayat
sekalipun jasad menjadi mayat
tetap aku pertahankan daulat
negara ini negara beradat!


hoping to enter Your paradise
hoping to be among the believers
hoping my sins to be forgiven
hoping my repent to be accepted
after all years that I have spent
I’m still hoping for your lights and guidance
be pleased with me,shower mercy upon me,
join me with the companions who are in the highest stage,
assist me through the difficulties of death.


pagi di bachok

25Mar08

pagi di bachok
hatiku terasa nyaman
hembusan angin meniup siang
menyegarkan seluruh badan
berjalan-jalan bersama teman
hatiku menjadi riang
pagi di bachok
berganti pula siang
tiba pula hati ku gersang
girang bertukar gusar
badai mana membawa onar
seolah memecah amannya pagi
hingga aku berbelah bahagi
antara badai pagi
dan badai siang
di pantai bachok ini
aku menjadi saksi
dua badai bertelingkah sesama sendiri
monsun timur dan monsun barat
baik mana sekalipun aku ditengah menjadi [...]


jantan harapan negara
ikhlas berjuang di Tanah Tsar yang gersang
mengharungi serangan Sang asing yang penuh petualang
menjatuhkan semangat jantan yang mahu menang.
Jantan harapan negara
tidak gentar dan tidak gusar
sungguhpun jauh halaman berjuta hektar
meninggalkan insan tersayang namun tetap bersabar
tiada secubit yang tercuit
walau jalan tidak dijanjikan duit
biar habis lelah segala keringat
Di bumi orang jantan harapan negara sentiasa beringat!
Jantan harapan negara
Mengaji [...]


BERKELANA DI EIFFEL TOWER
Sang Eiffel mencakari langit biru
megah tegap berdiri kaku
di kakinya betapa ramainya pemuja cinta
konon menyimpul ikatan kasih setia
bersalut dusta dalam manis kata.
Hairannya Sang Eiffel melihat si muda
berkelana bersendirian tanpa ditemani sesiapa
tidak sedetik pun ghairah keindahan sementara
jauh dari tanah Tsar merentasi ruang dan masa
lantas disapa curiga, “Wahai perantau muda…
di manakah pujaan kasih si manja [...]


alif lam mim

25Mar08

Alif, Lam dan Mim
Antara satunya terikat intim
Harmoni yang mengundang misteri
Rahsia milik Rabbulizzati
menyulam kasih dalam kalam
melontar cinta yang haqiqi
buat hamba yang tulus abdi
Alif Lam dan Mim
Pertama pada kisah sapi betina *
Keduanya pada kisah keluarga Imran **
Azzahrawani diberi jolokan
rahsia terkandung dalam rahsia
buat kufur yang takbur
menyingkap segenap perangkap
rahsia oleh Ahli Kitab
Alif Lam dan Mim
Ketiga pada labah-labah yang diumpama
orang [...]